"Well, kebenaran itu bukannya datang dalam perisa yang manis seperti kuih jala mas. Ataupun masin seperti ikan gelama kering. Ataupun masam seperti mempelam muda. Kebenaran itu tiada rasa. Cuma agak pahit untuk kta telan. Pahit itu bukannya secara harfiah. Cuma kau rasa macam tak nak terima hakikat tu, tapi kau tahu jauh di lubuk hati kau, ianya tiada yang lain melainkan benar.
'Fokus' itu boleh datang dalam berbagai bentuk. Pakejnya mungkin berbagai. Mungkin tidak sebesar hamper Hari Raya yang biasa pejabat aku terima setiap tahun. 'Fokus' itu bagi aku adalah masa depan.
Sekarang aku tahu, kini aku ada fokus. Jadi, aku mencuba sedaya upaya untuk terus menyasarkan anak panah aku ke titik 'fokus' itu. Aku mahu ia mengena. Aku mahu ia menjadi. Aku tidak takut dengan kegagalan yang cukup aku takuti suatu masa dahulu. Bagi aku, hidup ini terlalu indah untuk kita bercakap tentang kegagalan yang kita sendiri tidak mahu cuba untuk atasinya.
Bukan, aku bukan mahu berceramah atau menasihati sesiapa. Aku menulis kadang-kadang adalah untuk menyedarkan diri sendiri. Untuk peringatan tentang apa yang aku ada sekarang. Dan tentang apa yang telah aku hilang suatu masa dahulu.
Hei, hidup itu bukanlah kita tahu jalannya mahu menuju ke mana. Tapi at least, kita nikmatilah pemandangan indah di sepanjang perjalanan itu walaupun tidak tahu ke mana destinasi kita sekalipun selepas ini. Tapi, apa guna 'peta', kan? 'Peta' itu boleh kita guna untuk mencongak setiap arah yang kita lalui. Kita boleh mengelak dari tersesat ke jalan mati. Kita juga mungkin boleh mengelak dari menempuh ranjau jalan yang penuh berliku dan berlubang.
Tapi, jika berlubang macam mana pun, kalau hati kau jitu dengan 'fokus' yang kau sendiri mahu, kau pasti akan kecap kejayaan. Asalkan kau sentiasa berpijak pada satu paksi yang benar dan jujur. Keikhlasan itu bagi aku senjata yang boleh meruntuhkan mana-mana keegoan yang aku sendiri dakap."
.....Entri kat atas ni aku copypaste dr blog org lain..sowi sgt2 tuan punye blog...tp kan aku sgt2 teruja ngan setiap words die..rase jiwe aku yg lemau ni kuat blk...'thanks to budak xske mkn pedas'......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment