MASAK LEMAK KUNING UMBUT KELAPA
Sumber : Kak Liza
Bahan
1 mangkuk umbut kelapa [hiris nipis dan rendamkan air supaya tidak jadi merah/lebam]
2 cawan santan cair
2 cawan santan pekat
1 labu bawang besar [hiris nipis]
1 biji merah [hiris]
ikan bilis
garam
Cara
1. Masakkan umbut kelapa, santan cair, ikan bilis, bawang besar, garam dan cili merah sehingga umbut lembut dan mendideh.
2. Masukkan santan cair dan sentiasa kacau santan supaya tidak pecah minyak.
3. Bila mendideh, boleh tutup api dn hidangkan dengan nasi panas dan ikan goreng
Masak Lemak Umbut Kelapa
Sumber : nannie
BAHAN-BAHAN
2 kilo umbut kelapa
4 biji kelapa ( ambil santan yang pekat saja atau boleh beli 1 kilo santan cair segar )
3 batang serai
1 cawan air
CARA-CARA MEMASAK :
Masukkan semua santan , air dan serai ke dalam periuk , masak santan sampai mendidihkan. Kalau kuah terlalu cair masukkan lagi santan pekat.Lepas kuah dah mendidih ,masukkan semua umbut kelapa dan kacau.Bila dah masak umbuk kelapa akan menjadi lembut.Sedap dimakan dengan nasi dan ikan masin atau sambal tumis udang , hmmmm yummy.
Umbut Kelapa Masak Lemak Putih
Posted by Ummu_Ati
Published in Sentuhan Kalbu
Bahan
1 mangkuk umbut kelapa (hiris nipis dan direbus)
2 cawan santan cair
2 cawan santan pekat
BAHAN DITUMBUK HALUS
1 labu bawang besar
6 biji cili padi
ikan bilis
garam
CARA
1.Toskan umbut kelapa yang telah direbus. Kemudian masak ia bersama, santan cair, ikan bilis, bawang besar, garam dan cili merah sehingga umbut lembut dan mendideh.
2. Masukkan santan pekat dan sentiasa kacau santan supaya tidak pecah minyak.
3. Bila mendideh, boleh tutup api dn hidangkan dengan nasi panas dan sedap dimakan bersama sambal tumis ikan bilis.
Masak Lemak Umbut Kelapa
Sumber: Majalah Jelita September 1991
Gambar : kaklia
Bahan-Bahan:
1 kg umbut kelapa
4 cawan santan, daripada 1 ½ biji kelapa
50 sen udang kering
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
40 sen tauhu kering
2 bungkus suhun
Garam secukupnya
Cara:
Umbut kelapa dipotong kecil-kecil. Masukkan santan, udang kering, garam, bawang putih dan bawang merah yang ditumbuk lumat di dalam periuk dan didihkan. Apabila hampir mendidih baru masukkan tauhu kering dan suhun. Jika suka masukkan cili merah hiris.
Gulai Lemak Umbut Kelapa
Sumber : izanman
Bahan-bahan
200g umbut kelapa
2 1/2 cawan santan - diperah dari 300g kelapa parut
20g ikan bilis )
1-1 1/2 sudu teh lada hitam } ditumbuk bersama hingga halus
80g bawang besar - dipotong dua & dimayang nipis
2 ulas bawang putih - dihiris nipis
2 sudu makan kerisik
2 batang serai - dititik
2 helai daun kunyit - diracik
2 biji lada merah (untuk hiasan) - dibelah empat & dibuang biji
Garam
Cara memasak
1. Rebus umbut kelapa sehingga empuk. Tuskan & buang air rebusan.
2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk bersama santan dan umbut. Masak di atas api kecil sehingga mendidih & mesra. Bubuh garam secukup rasa.
UMBUT KELAPA MASAK LEMAK
Sumber : faridah
Bahan-Bahan
1/2 batang umbut pokok kelapa
2 biji cili merah (hiris)
2 s/k sebuk kunyit
3 s/b jintan manis
2 s/b biji ketumbar
5 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1 genggam udang kering (nak guna udang basah pon boleh)
santan
Cara-Cara
1. Potong nipis umbut kelapa (atau ikut suka).
2. Tumbuk jintan manis dan biji ketumbar hingga lembut. kemudian tumbuk pula bawang merah & putih, udang kering.
3. Masukkan bahan tumbuk, cili merah dan umbut kedalam santan. masak atas api sederhana. sentiasa kacau supaya tidak pecah minyak
Sayur lemak umbut nyioq
Sumber : nurr
Bahannya:
santan cair
santan pekat
umbut
lada sulah
tauhu
bawang besar dimayang
halia dimayang
cili merah dipotong
Caranya:
celur dahulu umbut buang airnya. masukkan semua bahan bersama santan cair masak hingga mendidih kacau selalu supaya santan tak pecah minyak bila mendidih masukkan santan pekat perisakan dengan garam.
Gulai Umbut
Sumber : kak ina kl
Bahan-bahan
1. 500gm umbut
2. 20 ekor udang
3. 1 liter santan
4. 3 biji bawang besar
5. 1 biji bawang kecil
6. 1 helai daun salam
7. 1 helai daun kunyit
8. garam secukupnya
Cara-cara
1. Bersihkan umbut dan rendam dengan air garam. Udang juga dibersihkan.
2. Tumbuk bawang merah dan bawang putih.
3. Masukkan bahan di tumbuk bersama santan dan udang.
4. Masak dengan menggunakan api perlahan hingga mendidih.
5. Masukkan garam, daun kunyit dan daun salam.
6. Bolehlah di hidangkan.
Umbut Masak Tumis
Sumber : HaSue
Bahan2:
500g-700g(lebih kurang laa eh) Umbut Segar-Potong seperti dlm gambar di bawah(ambil bahagian muda sahaja)-bahagian daun lebih sedap
1-2 tangkai Cili Merah*
2 Ulas Bawang Merah*
1 Ulas Bwang Putih*
Segenggam Udang Kering*
1/2 sudu belacan*
1/4 cawan minyak masak
Serai-dititik(jika suka)
Garam dan perasa
Bahan bertanda *ditumbuk/dikisar
Cara2:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan yg sudah ditumbuk sehingga agak kekuningan, masukkan serai yg dititik
2. Masukkan umbut dan kacau goreng,perlahankan sedikit api jika perlu
3. JANGAN tambah air sehingga umbut kelihatan layu
4. Kacau goreng lagi sehingga umbut sudah mengecut sedikit dan kelihatan layu
5. Tambahkan air melebihi paras umbut..tutup periuk dan tunggu sehingga umbut benar2 empuk..
6. Jika umbut belum empuk,tambahkan lagi sedikit air. Tutup periuk kembali..
7. Apabila sudah lembut dan empuk barulah masukkan GARAM dan perasa secukupnya..
8. Didihkan seketika dan paras air kurang sedikit dari paras umbut..(terpulang masing2)
PERHATIAN:JANGAN letak garam sebelum umbut empuk kerana ini membuatkan umbut yang dimasak itu tidak akan empuk dan lembut seperti yang sepatutnya.. Ini adalah petua turun temurun.. :)
Note: Masakan umbut nih bleh juga dimasak gulai air bersama serai..
Lagi,orang masak lemak..guna santan..pun sedappp..
Orang dalam pantang tak berapa sesuai makan sebab dipercayai sejuk..Wallahualam.
Biasa juga umbut nih kita wat sayur untuk kenduri kahwin atau 'makan tahun' di kampung,sebab apa..umbut nih mudah nak cukup sebab banyak..hehee..
Lemak Cili Api Daging Cincang + Umbut Kelapa
Sumber : siti teratakibu
Bahan-bahan
400g daging cincang
Umbut kelapa - dihiris nipis
2 cawan santan
Bawang merah & bawang putih - dikisar
Cili padi - ditumbuk
Serbuk kunyit
1 batang serai - diketuk
1 keping asam keping/gelugur
Garam & gula
Cara:
1. Rebuskan daging cincang sehingga lembut & air kering sedikit.
2. Masukkan santan, serai, bawang, serbuk kunyit, cili padi & asam keping. Masak sehingga mendidih.
3. Kemudian masukkan umbut kelapa. Biarkan selama lebih kurang 5 minit. Perasakan dengan garam & gula.